Transformasi

on Sunday, January 8, 2012
Akhirnya, exam kitorang abis gak. 2nd last day aku ada klinikal tuk subjek Medical Emergencies & Trauma Emergencies. Honestly, memang SANGAT TERUK. Aku pun malas dah nak fikir banyak, komen banyak. Andai ditakdirkan gagal pun, ak redha, just want me to realize that is where I stand. Sangat2 kecewa. =.=
Hari last pula kami ada esei untuk subjek Pengurusan Sains Perubatan Kecemasan & Teknologi Maklumat. Dan seperti biasa, kalau esei, goreng je la, memang hilang dah semangat nak jawab subjek ni gara2 terlampau KECEWA ngan klinikal. Huh!

Aku sangat2 rasa bersalah  ngan penyelaras kitorang sampaikan dia menitiskan airmata. Ya, mungkin betul dia bukan menagis kerana kami, tapi aku dapat rasakan kekecewaan dia dengan perfomance kami masa exam. Dialah specialist yang banyak sangat bantu, banyak sangat ambil berat pasal kitorang. Alih2, kami bagi seciput je sebagai balasan tuk dia masa exam.
Kami juga dipanggil tuk satu sesi ngan ketua jabatan. Kira macam post mortem la sebelum balik bercuti. Balik dari tu, banyak benda yang ak fikir. Seperti mana yang pernah aku beritahu dulu, kursus kitorang ni profesional dan deal ngan nyawa orang, bukanya main2. So, buang la sifat keanak-anakan dan serius masa menjalankan tugas.  Perlu lakukan transformasi dalamn dan luaran untuk terus go on ngan profesion ni.
Ok. Seriously, aku tak boleh hidup camtu. Dan mungkin ini lah salah satu hikamh aku tak dapat kos perubatan. Dengan perangai gila aku, yang susah nak serious, sangat kontra. Aku akan habiskan kursus ni, tapi aku tak mungkin akan dapat bertahan lama untuk kerja di bahagian klinikal. Pernah aku terfikir nak quit dan tukar kos, tapi mengenangkan tajaan JPA, dan banyak lagi faktor, aku tahan je la. Tak lama lagi pun, 1 tahun setengah lagi.

Sabarlah wahai hati.

Korbankan rasa untuk mencari bahagia.

^_^

0 comments:

Post a Comment