Blog baru

on Tuesday, January 31, 2012
Sebenarnya, aku sekarang dalam usaha buat blog baru. Blog yang lebih formal.*ker*

Sebab tu jarang post kat sini. Dan tak tau lagi sama ada nak lupuskan blog ni ataupun biar je.

Apa2 pun, sekarang ni aku tersangat lah bosan duk sorang2 kat rumah ni. Adik aku dah balik asrama ari tu.

Sekian.

Kbai~

Keputusan tak rasmi

on Tuesday, January 17, 2012
Sejak kebelakangan ni, group Fb Emed 3rd Batch riuh dengan keputusan tak rasmi exam kitorang ari tu. Adalah sorang hamba Allah ni bagitaw result kitorang dan ada sorang yang dapat dean list. Dan paling rendah pun 2.50. Tapi apa2 pun, kena tunggu keputusan rasmi keluar.

Cinta Tak Berbalas T_T

on Thursday, January 12, 2012
Entah kenapa aku terfikir pasal benda ni. Pengaruh tv kot, hampir semua citer melayu pasal cinta sana, cinta sini. Tak taw nak buat apa masa cuti, aku banyak habiskan masa tengok tv je la. Ermmmm,,
Orang cakap, kalau kita buat kat orang, nanti akan ada balasan orang buat balik kat kita. Macam karma la. Betul ke? So, kalau aku tak terima cinta c A, nanti bila aku suka ngan c B, c B pun tak nak terima cinta aku? Macam tu ke? Entah lah.

Cutiku...

on Wednesday, January 11, 2012
Hari kedua cuti..aku masih di rumah. Tak tahu nak pegi mana. Ingatkan nak la jugak kuar jalan2 petang tu, tapi hujan pulak. Setiap petang lak tu. Duk rumah je la jawabnya.
Memang aku tak ada plan pun cuti. Mungkin sebab kecewa sangat ngan final exam yang lepas, hilang mood nak bercuti. Yang pasti, cuti ni aku nak tenangkan fikiran setenang-tenangnya, relax kan kepala hotak yang serabut ni. Macamlah aku study kuat sangat sampai nak serabut kan,,hehe. Yela, banyak benda nak fikir, bukanya pasal study je. Dok fikirkan future tu dah pening. Tak taw la kos aku ni. Lantaklah, yang penting, aku nak habiskan secepat mungkin.

Ketidaksabaran nak balik!!!!

on Monday, January 9, 2012
Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu dalam sem ni tiba jua, Hehehehee,,
Aku akan balik bertemu ibu pertiwi ku di seberang sana. Aku terpaksa kuar awal dari kolej, yelah, kalau lambat nanti, bising lak kawan aku tu,, dari semalam lagi suruh aku kuar awal sebab takut jalan sesak, pasal perhimpunan 901 tu. Aku pun ikut je nasihat dia, malas nak dengar dia berleter jap agi.
Tak lah awal sangat aku sampai. Kira sempat aku lunch dulu, sembahyang jap, dan terus check in. AirAsia kena check in awal sikit, lagi2 sekarang ni dah pakai mesin tuk self check-in tu.

Transformasi

on Sunday, January 8, 2012
Akhirnya, exam kitorang abis gak. 2nd last day aku ada klinikal tuk subjek Medical Emergencies & Trauma Emergencies. Honestly, memang SANGAT TERUK. Aku pun malas dah nak fikir banyak, komen banyak. Andai ditakdirkan gagal pun, ak redha, just want me to realize that is where I stand. Sangat2 kecewa. =.=
Hari last pula kami ada esei untuk subjek Pengurusan Sains Perubatan Kecemasan & Teknologi Maklumat. Dan seperti biasa, kalau esei, goreng je la, memang hilang dah semangat nak jawab subjek ni gara2 terlampau KECEWA ngan klinikal. Huh!

Hari Kedua Exam

on Wednesday, January 4, 2012
1.VIVA Pediatric Emergencies
2. VIVA Surgery

 Kali pertama aku diVIVA, memang agak menyeramkan sebab examiner boleh tanya macam2 soalan  yang terlintas berdasarkan jawapan yang kita bagi, walau pun dorang ada panduan soalan yang akan ditanya.

Pediatrik kurang sikit tekanan sebab sempat lagi baca, tapi aku tak suka menunggu bila aku antara kumpulan yang terakhir. So, terpaksa tunggu kat bilik kuarantin tu dengan penuh persoalan+nebes agi.Huh! memang masa tu otak dah jam kot. Sekali masuk, dapat pakar yang memang psiko giler, abes ar. Tapi dapat gak la jawab walau pun jawapan tah pape je. Bole plak miss DRABCDE tu, prinsip ASAS kot. Adoyai,,nebes punya pasal la ni.

Surgeri plak agak tekanan, sebab banyak yang aku tak sempat baca. Baca gak, tapi lupa. Masuk2, dapat Ketua Jabatan jadi examiner. Habeslah. Tapi ok je, sebab dia banyak tolong, banyak trigger tuk bagi jawapan dan kurang tekanan. Rilek je dia. Kita yang jadi nebes, memang blank abes time tu. Bila fikir2 balik, MALU nye tak dapat jawab even soalan simple tu. Lagi2 ngan Ketua Jabatan. Kita tahu, tapi bila dah blank, tak jadi apa dah.