Apa anda buat bila cuti terlalu lama sampai tak tahu nak buat apa2.. tak payah buat apa2.hehe.. Ak ada beberapa cadangan untuk ak sendiri dan anda2 semua yang bercuti terlalu lama tu sampai jadi gila sebab tak ada benda nak buat.
Kerja
Ramai yang ambil kesempatan untuk kerja masa cuti nak dapatkan duit poket. Nanti boleh melancong ke Sabah..ekekeke.. Lagi bagus kerja dari duduk rumah,goyang kaki sambil membesarkan badan yang sedia besar tu. dapat gak duit. Dan paling penting PENGALAMAN yang tak boleh nak dijual beli. Banyak benda baru yang akan kita pelajari masa kerja nanti yang selama ini kita pandang remeh aje. Bila kita mengalami sendiri baru dapat tahu rasa di tempat orang tu. Tentu sekali akan dapat ramai kenalan baru yang mungkin berbeza taraf pendidikan dengan kita. Jadi, dari situ kita akan dapat belajar cara mereka menilai sesuatu berbanding dengan cara kita.
Jadi anak mithali
Yang ni pandai2 sendiri lah ye. Tolong cabut rumput tepi rumah ke, sapu2 rumah ke, cat2 rumah ke, tolong kupas kulit bawang ke.. yang penting, duduk rumah tu jangan jadi biawak hidup. Makan, tidur, makan, tidur, makan.. sekurang-kurangnya, ringankanlah beban mak ayah kita kat rumah tu. Bukannya selalu dapat masa nak diluangkan bersama mereka. Kalau dah kerja tetap nanti, lagi susah nak luangkan masa, asyik sibuk memanjang.
Ulangkaji pelajaran*cadangan skema*
Ulabgkaji??? Hehhe.. yang ni paling susah nak buat. Dah lah masa tak cuti pun belajar, masa cuti pun nak belajar gak ke..aish!!!.. belajar tak kira masa ye.. tak dapat banyak pun, dapat sikit pun jadilah.. nanti masa klinikal,taklah ternganga kalau Dr. tanya soalan.
Pergi bercuti
Kalau boleh, semua orang nak pergi bercuti. Tapi masalah duit je. Pergi sorang pun tak best. mesti pergi ramai2. Kalau dah kerja tetap, boleh lah. Kalau yang masih belajar tu, bercuti depan rumah je lah.
Jadi sukarelawan kampung
Tak kisah lah, kampung, ke, taman ke, flat ke.. kalau baik hati, tolong lah bersihkan kawasan perumahan anda tu. Jangan biarkan nyamuk Aedes terus membiak.ekeke.. cadangan ini disyorkan untuk anda yang memang bosan pada skala 7.
2 comments:
ko yg mane???
ak mst la yg ats skali..ak kn baek..haha
Post a Comment