Kek sesama;Chik, Eyaq(me) n Usu...Sponsored by Angah |
Kek Siti Fatimah sorang |
Antara perayaan yang disambut pada 1 Jun adalah:
1. Hari Gawai Dayak
Gawai Dayak merupakan perayaan hari menuai dan pemujaan terhadap Dewa Padi. Perayaan ini disambut secararbesar2an pada 25 Disember 1964 dan setelah diisytiharkan sebagai perayaan rasmi, perayaan ini mula disambut di seluruh negara pada 1 Jun setiap tahun.
Perayaan ini disambut oleh golongan bumiputera Sarawak yang berbangsa Dayak. Dayak terbahagi kpd 2 iaitu Dayak Laut, iaitu org Iban dan Dayak Darat, iaitu orang Bidayuh. Pada hari ini, semua golongan Dayak akan saling menziarahi dan adat ini dikenali sbg 'ngabang' di dalam Bahas Iban bagi yang dekat, dan bagi yang berada jauh, kiriman kad sebagai pengganti diri.Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yg dijalankan di bandar dan juga di rumah panjang. Pelbagai makanan dan 'tuak' ataupun 'rice wine' akan dipersembahkan kepada Dewa Padi atas hasil padi yg baik. Penyair akan membaca mantera khusus untuk upacara ini dan darah ayam jantan akan dilumurkan pada bahan2 yang ingin dipersembahkan.
Selepas saja upacara ini selesai dilakukan, barulah Perayaan Gawai Dayak bermula secara rasmi. Sebatang pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah2 ruang dan dihiasi dengan makanan dan minuman. Pakaian tradisi akan dikenakan dan perhiasan manik orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari ini. Perawan Iban pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Perayaan ini akan diakhiri dengan penurunan pokok ranyai tersebut.

Kepada semua yang menyambut perayaan gawai dayak, selamat hari gawai, gayu guru gerai nyamai..
Sumber:
2. Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan "Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan-Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan.
Terdapat juga pertandingan nyanyian, Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau"Unduk Ngadau" , dan persembahan segala jenis kesenian dan kraftangan. Pertandingan seperti memukul gong dan sukan rakyat juga turut diadakan. Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol"(arak tradisional).
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tadau_Kaamatan
3. Hari Ulangtahun TUDM Ke53(2011)
Sambutan kali ini turut meraikan 40 tahun Perjanjian Pertahanan 5 Negara, FPDA, dengan New Zealand, Australia, Britain dan Singapura.
4. Hari Susu Sedunia
Tarikh 1 Jun setiap tahun telah dipilih sebagai tarikh Hari Susu Sedunia memandangkan kebanyakkan negara telah menyambut Hari Susu peringkat kebangsaan sekitar tarikh ini.
0 comments:
Post a Comment