apakah??

on Friday, May 27, 2011
Assalamualaikum w.b.t,

Ini adalah blog kedua ak dengan menggunakan akaun yang sama. Entah macam mana ak terdetik kembali untuk berblog. Mungkin sebab cuti semester terlalu lama(4 bulan) sampai tak tahu nak buat apa.  Perasmian blog kedua ini sempena genapnya umur ak 21 tahun..ekekeke..


umur yang agak matang untuk membuat keputusan dan layak digelar sebagai pengundi. Jadi, selepas ini, bolehlah ak melontarkan sedikit pandangan mngenai pakcik pol yang agak panas sekarang ini. Walaupun ak tidaklah berapa arif dalam hal pakcik pol, namun anggaplah ianya suara anak muda, sebab ak memang rajin sangat baca blog2 tentang perkembangan semasa pakcik pol.

Profil diri ak, Mohd Faizal B. Mohamad @ Ismail berasal dari Betong, Sarawak. Bekas pelajar SK Tanjung Assam, Spaoh, SMK(A) Sri Aman, Saratok (sekarang tukar nama jadi SMK(A)Saratok) ambilan pertama, dan Kolej Matrikulasi Labuan, sesi 2008/2009. Dan sekarang masih bergelar prasiswazah di UKM dalam bidang Sains Perubatan Kecemasan.


Mengenai keluarga, ak merupakan anak ke-7 daripada 9 orang adik-beradik, dan abang ak yang ke-2 telah meninggalkan alam ini pada tahun 2008. Semoga Allah menempatkan roh arwah dalam golongan orang2 yang beriman.Amin.. Ak rasa gambar di bawah cukup untuk menerangkan segalanya:


Sebarang teguran, nasihat, pertanyaan, kemusykilan, ketidakpuashatian dan sewaktu dengannya, sudi2 lah tinggalkan mesej..
Cukup setakat ini dahulu.

Wassalam.

0 comments:

Post a Comment