3 Perkataan dalam Bahasa Sarawak yang Perlu Anda Tahu

on Monday, May 30, 2011
Copy dari blog Cik Nurliani Kipli
Sumber asal dari blog Riezarchry

Orang Sarawak pun sama macam orang Pantai Timur, Utara dan Negeri Sembilan, masing-masing ada loghat sendiri. Ada perkataan yang lebih kurang dengan Bahasa Melayu biasa dan ada juga perkataan yang tak tahu langsung maknanya. Masa mula-mula menjejakkan kaki di Sarawak ni, aktiviti utama kami, cikgu-cikgu semenanjung ialah ternganga tanpa mengerti 90% dari apa yang orang Sarawak cakapkan.
Hari ni, Rie nak kongsi je beberapa cerita lawak semasa mula-mula sampai di Sarawak ni dan tiga perkataan yang korang perlu tahu apabila di Sarawak:



sine





Sesampainya di sekolah, guru-guru baru takkan dapat mengajar option. Rie ajar Bahasa Melayu padahal option Rie ialah Biologi dan Add Maths. Hari pertama sekolah, kali pertama masuk ke kelas. Seperti biasa, ada sesi perkenalan. Budak-budak tanya Rie;
“Cikgu, cikgu orang sine?”
Dengan muka agak serius dan konfiden, Rie pun jawab;
“Bukan, cikgu bukan orang sini. Cikgu orang Johor”
Apa lagi bantai gelak besar la budak-budak tu. Rie yang terpinga-pinga ni pun buat la cam faham. Padahal kenapa dorang gelak, Rie pun tak tau. Bila dah beberapa minggu tinggal kat Sarawak ni, baru la Rie faham sine tu maksudnya mana? Cikgu orang sine maksudnya cikgu orang mana!

sitok

Kes kedua ni pula di sebuah KFC di Sarawak. Rie pergi bersama seorang lagi cikgu semenanjung. Masa tu memang baru lagi berkhidmat di Sarawak ni. memang boleh dikatakan dua-dua kami pun agak bongok memahami Bahasa Sarawak. Sampai je di kaunter, staff KFC pun tanya kami camni;
“Makan sitok ka?”
Apa lagi. Rie tengok muka kawan, kawan pun tengok muka Rie. Lepas beberapa ketika, dengan agak konfiden, kami jawab serentak tanpa berbincang;
“Tak. Kami nak makan sini.”
Staff tu senyum je. Bila angkat makanan nak ke meja, orang yang beratur belakang kami pun senyum-senyum lain macam. Bila dah di meja, kami pun bincang la balik. Masing-masing memang setuju bahawa sitok tu maksudnya situ (kira ‘take away’ la). Bila balik ke sekolah, baru la kami tahu yang sitok tu maksudnya sini!

igek 

Kes yang last ni pula masa kejadian lebih kurang la dengan kes pertama dan kedua, baru je menetap di Sarawak ni seminggu dua. Berlaku di kedai makan. Rie order la mee goreng. Last sekali, sebelum tukang ambik order tu blah, dia tanya camni;
“Mee goreng bapa igek?”
Masa tu, telinga Rie masih telinga orang semenanjung so, Rie dengar dia tanya camni:
“Mee goreng berape ringgit?”
Konfius gak sekejap. Tak pernah lagi order mee goreng kat kedai makan, orang tanya nak berapa ringgit. Boleh beli pakai ringgit-ringgit ke kat Sarawak ni?  Mana nak tau seringgit banyak mana? Rie baru nak jawab 3 ringgit sebab standard la tu harga mee goreng kan. Tapi belum sempat Rie jawab, kawan Rie yang memang orang Sarawak dah jawabkan.
“Mo sigek jak”
Aiseh..cukup ke seringgit? Haha, last-last baru Rie tahu igek tu ala-ala penjodoh bilangan la. Sigek tu maksudnya satu. Nasib baik la Rie tak jawab 3 ringgit, mana nak letak lagi 2 igek mee goreng tu. Terpaksa la tapaw!

0 comments:

Post a Comment