Adat manusia semangat hanya pada permulaan sahaja. Harap ak istiqamah dalam penulisan blog baru ni..ekekeke..
Entri kali ini ak nak kongsi sedikit mengenai sekolah ak dulu. Sekolah rendah tak banyak gambar dan tak berapa nak ingat sangat kenangan2 dulu, budak2 lagi masa tu.hehe..
Sekolah menegah pula, SMK(A) Sri Aman, Saratok (SMKASAS) terletak di Saratok, dan kini junior2 ak mengatakan yang sekolah tu dah tukar nama jadi SMK(A) Saratok. Mungkin sebab ramai yang keliru dengan penambahan sri aman pada nama lama.
![]() |
Logo SMKASAS |
Gambar di atas merupakan pandangan hadapan SMKASAS dari pintu pagar utama.
Ini pula merupakan blok2 kelas yang bersambung dengan bilik guru, makmal, bilik muzik, bilik lukisan dan lain2.
Gambar ini pula merupakan blok pentadbiran. Pejabat am di bawah dan bilik guru di atas.
Apa2 pun, SMKASAS banyak mengajar ak erti kehidupan. Ak belajar banyak benda baru di situ, baik benda baik dan tak baik. Ak merupakan antara golongan ambilan pertama sekolah tersebut pada 2003. Ambilan pertama memang perlu banyak berkorban. Kami belajar tanpa buku teks yang cukup, guru yang cukup, tiada kemudahan perpustakaan, makmal komputer dan banyak lagi yang serba kekurangan. Namun semua itu bukan halangan untuk kami semua berjaya, dan terbukti ramai antara kami sekarang ini sudah/sedang menuntut di IPTA/IPTS.
Terlalu banyak kenangan dengan guru2 SMKASAS, terutamanya guru2 yang telah bersama kami dari tingkatan 1 lagi. Terima kasih,cikgu. Dulu, kami menganggap leteran cikgu itu hanya omong kosong, namun sekarang baru kami sedar ianya amat berguna sekali. Sekurang-kurangnya, masih terngiang-ngiang leteren nasihat dan teguran guru2 dulu di kala keseorangan. Sekali lagi, TERIMA KASIH, CIKGU!!!
Buat sahabat yang telah bersama ak 5 tahun atau kurang, kalian begitu berharga buat diriku. Dan terima kasih kepada yang masih sudi menghubungi ak sampai di saat ini. Terima kasih, sahabat!!!
Kelas 5A, 2007 |
Gambar di atas merupakan gambar kelas ak masa tingkatan 5. muka penuh dengan kesucian.ekeke.. ce cari di mana ak??? masa bergambar ni, ak kurang sihat dan tak berapa semangat nak bergambar.hehe..
Dan tidak lupa juga buat staf sokongan, mak cik cleaner, pak cik cleaner, mak cik tukang masak, abang tukang masak dan lain2 yang sudi melayan karenah kami. Begitu rindu untuk bergelak tawa bersama-sama kalian. Biar pun kita berjauhan, harap kenangan2 kita sentiasa segar dalam ingatan.
Wassalam..
5 comments:
hehehe..igtkn nk sprse kit tek..nunggu post byk2 buk mdh kau..hehe..
salam..ada x mbiak nama jamil batch ktkorg?
salam..ada. jamil anong adini nak??
aok..msh cntct ka?
Post a Comment