Tak terasa bulan Ramadhan dah nak berakhir. Rasa sayu pun ada. Takut2 tahun depan tak jumpa Ramadhan lagi,,ye la, ajal maut di tangan Tuhan. Kita tak tahu bila kita akan pergi menghadap Nya.
Walaupun Ramadhan kali ni tak banyak yang dapat ak buat, tapi Alhamdulillah, ak dapat mengawal diri dari terus dikuasai hawa nafsu yang tak pernah senang tengok manusia buat baik. Hanya ak dan Allah yang lebih mengetahui perubahan dalam diri ak, walaupun tak nampak jelas dangan mata kasar. Harap2 ianya berterusan sampai bila2, dan semoga ak dikuatkan semangat untuk terus mengekalkan jihad ini.
Ramadhan tahun ini juga agak istimewa sebab kali ni, ak melalui bulan mulia sepenuhnya bersama ahli keluarga tersayang. Kali terakhir ak menjalani ibadah puasa sepenuhnya bersama keluarga adalah 7 tahun yang lepas dan selalunya ak hanya dapat bersama mereka pada hari sabtu, ahad(masa duduk asrama sekolah menengah) dan penghujung Ramadhan(masa matrik & tahun pertama di U). Syukur sangat2. Mungkin inilah salah satu hikmah cuti 4bulan yang kami dapat.
Semoga kita sama2 memanfaatkan 10 (tak sampai 10 pun) hari terakhir Ramadhan yang padanya lebih banyak keberkatan dan kelebihan. Dan paling penting, Lailatul Qadr terdapat pada 10 malam terakhir Ramadhan. Marilah kita sama2 mengejar Lailatul Qadr dan beramal sebanyak mungkin ikhlas kerana Allah S.W.T..
Wallahua'alam
0 comments:
Post a Comment