Kau ada pilihan lain ke??

on Thursday, August 18, 2011

Kita sering kali berhadapan dengan pilihan dalam kehidupan seharian. Nak pakai baju apa, makan apa, minum apa, buat apa dan sebagainya. Tapi, adakah kita mempunyai pilihan sebelum melakukan kesalahan? Ya, kita mempunyai pilihan.  Namun, disebabkan kawalan hawa nafsu, kita lebih cenderung memilih untuk melakukan kesalahan. 

Kita ada pilihan untuk berubah. Memang banyak dugaan bila hendak berubah. Tapi kita kena ingat yang manisnya suatu perubahan kearah kebaikan itu seolah-olah dilahirkan semula, dan tidak akan dapat dirasai melainkan kita sendiri yang mengalaminya. Semua dugaan dan cabaran itu hanyalah ujian dariNya untuk melihat sama ada kita betul2 ingin bertaubat dan tidak akan mengulangi kesalahan yang lalu. Sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.

“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)

Jika difikirkan kembali, siapalah kita yang hanya menumpang di muka bumi Allah dengan menghirup oksigen secara percuma, dan pelbagai nikmat yang diberi. Tapi, mengapa kita tetap tidak patuh dengan pencipta kita sendiri padahal kita ni hanyalah insan yang kerdil dan boleh dihapuskan pada bila2 masa saja.

Kerosakan paling nyata ialah terhadap diri kita sendiri, bila kita rosakan mata dengan melihat perkara2 maksiat, mendengar umpatan2,menuturkan perkara  yang tak sepatutnya. Sesungguhnya badan dan segala apa yang ada pada kita ini hanyalah pinjaman semata-mata dan akan dipersoalkan di akhirat  nanti. Apa yang telah kita buat dengan mata, telinga, lidah, hati dan semua yang kita ada? Adakah kita menggunakannya untuk kebaikan ataupun sebaliknya?

Setiap orang mempunyai sejarah masing2 dan semua pernah melakuakn dosa. Itulah manusia, yang tak pernah lekang melakukan dosa dari sekecil zarah hingga ke sebesar besar dosa. Namun, sebaik-baik orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat dan kembali kepadaNya.

Marilah kita sama2 menggunakan peluang di bulan yang mulia ini untuk muhasabah diri, nilai kembali, dan perbetulkan apa yang salah dan perbaiki apa yang betul. Semoga ini bukanlah Ramadhan yang terakhir untuk kita semua. Aminn..

Kita ada pilihan..




p/s; sekadar peringatan bersama

0 comments:

Post a Comment